CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 25, 2010

~~ukm dan banjir di kg~~

dah seminggu berada di UKM.. menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar semula setelah sebulan lebih berada di rumah tanpa arah tujuan.. mana yang lebih menyeronokkan??? di UKM atau kg terchenta??? heheh. kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan... yang pasti,  hidup mesti diteruskan walau di mana kita berada.. itu aku suka..

sem baru, tahun baru.. tekan minyak untuk sem yang terakhir di UKM... hehehe.. tak perlu berazam azam untuk sem dan tahun baru sebab dari dulu dah bertimbun timbun azam yang jarang sekali terlaksana.. yup.. ini benar..

seminggu di UKM tapi hati tetap pada rumah.. lebih2 lagi, aku tinggalkan rumah dalam keadaan yang menyedihkan... huhuh.. rumah aku banjir lagi... tapi, nak atau x, aku terpaksa datang ke UKM jugak.. teringat banjir yang berlaku tahun lepas.. banjir paling besar yang pernah melanda kemasek sehingga mengalami kerosakan yang agak banyak.. sebenarnya hati berat untuk meninggalkan rumah tapi terpaksa...

 permulaan  banjir
 .....


sempat lgi posing w/p air dah makin naik
budak2 memang suka main air.. mklum la..  sethn skli bnjir

duit JPA belum masuk dan keadaan menjadi semakin tertekan.. kehabisan dan kelicinan duit menguasai diri... keadaan  membuatkan aku terpaksa berjimat di tahap maksimum.. boleh percaya ke??? ada sape2 mahu bagi pinjam duit kat aku???? budak2 PTPTN sila jangan kedekut.. hehe. nanti aku belanja makan ice cream di ice room... yummy yummy.. dah lame x ke sane...

*harap2 tiada banjir ke 2 yang melanda kg ku tahun ini..
*berdoaJPA masuk esok... (itu mungkin betul)..
*maju dan terus maju.. tesisku, dah boleh mulakan buat soal selidik,.go!go! teruskan usaha

Friday, December 10, 2010

apa kena dengan aku

10.12.2010 result exam keluar.. ucapan TAHNIAH pada diri aku sendiri sebab berjaya dapat keputusan yang baik.. jauh dari apa yang aku sasarkan.. aku tau, kawan2 aku pun ramai dapat keputusan yang baik.. ini berkat kerajinan aku mungkin?? tapi ada  satu kertas yang langsung aku x percaya.. jawab cincai2 tapi boleh dapat keputusan yang baik.. mungkin jugak assigment group dan individu membantu aku.. syukur pada yang Maha Esa atas segalanya..

semalam menonton wayang "aku tak bodoh" di Mesra mall.. jalan cerita yang agak menarik dan dari mula2 tayangan, aku asyik gelak.. ok.. bukan aku sorang, tapi boleh dikatakan ramai yang gelak sakan... tak rugi laburkan duit untuk filem ini... hehehe.. kata anak sedare aku, kalau diberi peluang tengok cite ni lagi, dia nak tengok walaupun dah tengok...

hari ni start membaca novel lafazkan kalimah cintamu  yang ditulis oleh siti rosmizah.. setakat pembacaan aku, ceritanya menarik.. nak cerita pun, x baca habis lagi.. yang pasti, semakin teruja untuk membacanya... harap2 hari esok ada masa untuk meneruskan pembacaan walaupun tahu esok banyak program yang mesti dihadiri.. wah!!!! bunyi macam aku ni orang penting.. hehehe.. ye, akhir2 ni aku agak busy dengan menjadi driver mak ayah dan jugak adik aku... yup.. driver tanpa gaji tapi aku suke.. sebab boleh hilangkan kebosanan yang melanda diri...

*aku suka buat sesuatu yang aku suka.. aku seronok.. seronok dan seronok.... boleh ke aku nak keseronokan hidup sampai bile2?? selagi boleh, aku akan cuba untuk gembirakan hati aku nak orang lagi.. senyumlah selalu..

Monday, November 22, 2010

rindu pada mereka

bosan bila keseorangan.. hati terasa mau tengok wayang... menunggu ajakan kawan2 @ sesiapa yang sudi... masa kat u, bila bosan n duduk sorang2, tiba2 ingatan pada rumah.. ingat mak ayah, anak saudara, kawan2 kat kg.. tapi bila kat rumah, terasa rindu pada kehidupan kat U.. huhuhu..


aku rindukan pada orangg yang aku sayang, kawan2, bekas roomate aku yang dah lama sangat aku tak jumpe. rindu sangat2 pada mereka.. rindu nak buat aktiviti sama2 dengan mereka.. bekas roomate aku yang aku sayang, suhaidah dan dila.. rindu pada kamu yang pernah hidup sebilik dengan aku. su, insan yang selalu bercerita apa2 je dengan aku, kadang2 tolong aku buatkan kerja.. tolong editkan gambar aku.. ye. aku suka tengok su edit gambar.. sangat2 cantik.. rindu nak keluar makan2 dan jalan2 dengan kamu.. aku rindu semua...

 thanks su..

rindu juga pada kawan2.. rindu nak buat kerja sama2, rindu nak sewa kereta dan pergi jalan jauh2 tinggalkan UKM beribu batu...hehehe..

last, orang yang sangat2 aku sayang... rindu jugak sama dia... tanya pada diri 'rindu ke dia pada aku'...." angin, tolong sampaikan rindu dan sayang aku pada dia boleh"??... aku rindu dia tapi x tau cara untuk aku jumpa dia..   lagu kat bawah aku tujukan untuk dia walaupun belum tentu dia baca...


Sayang aku ingin berbicara kepadamu
Tentang apa yang tengah aku rasakan
Ada apa ada apa katakanlah semuanya
Ku kan dengarkan duhai cintaku
Bila nanti orang tuamu tak meridhoi
Dengan apa yang kurasakan padamu
Semua orang tua ingin yang terbaik untuk anaknya
Begitupun orang tuaku
Kau takkan tinggalkanku
Takkan pernah sayangku
Janjimu janjiku untukku
Takkan ada yang bisa pisahkan kita
Sekalipun kau telah tiada
Akan kupastikan
Ku kan memeluk mencium di surga
Jangan kau pergi tinggalkan Aku
Bawa aku kemana kau mau
Janji ku padamu Jiwa dan ragaku
Mati
ku pun mau


x sabar nak berjumpa dengan orang2 yang aku sayang...

Sunday, November 21, 2010

~~~~apa nak dikata~~~~

bagi masa sedikit untuk jari menari di blog sendiri.. 


sangat bosan di malam hari.. masih dalam mood rayakah?? raya haji tahun ni sama seperti tahun2 lepas. yang lainnya, tahun ini tambah seorang ahi baru dalam keluarga. kehadiran anak saudara baru pada 8.11.2010. sangat2 suka sebab dah lama tak menyambut kehadiran anak saudara...


 kecik kan. 2.4 kg je...


semalam, ada sedikit majlis di rumah kakak aku sempena anak saudaraku  yang nak berkhatan dan ditambah dengan majlis cukur rambut. sedikit letih melayan tetamu..

 selepas majlis cukur rambut...

kidnap anak jiran sebelah.. heheh


 teringat kejadian 3 hari lepas di satu tempat. terjumpa seseorang yang aku pernah sayang. terserempak depan-depan tapi tiada sapaan walaupun 'hai'.. malu sangat ke nak tegur aku walaupun dia bersama tunangnya?? bukan nak mengungkit, tapi ini ke sikap manusia.... xpernah nak hargai seseorang yang pernah berkawan  cukup lama dan kadang2 tempat dia luahkan perasaan waktu dulu?  ... hati sangat2 terasa tapi apa boleh buat kan.. terima seadanya,..


hari ni hujan agak lebat tapi nasib baik tak banjir. perlu sentiasa berwaspada dan barang-barang ada yang dah dikemaskan... yup...  perlu bersedia sebab sekarang musim banjir..  berdoa semoga tahun ni tak banjir seperti tahun lepas yang memang agak teruk... amin.....

Friday, November 12, 2010

...lepas exam....

exam dah habis. boleh jawab @ x, itu belakang kira.. yg penting, fikiran hanya di rumah-rumah dan rumah.. x sabar rasanya nak tengok anak sedara baru.. anak orang lain, aku yang sibuk pikirkan nama yang sesuai.. oh... saat aku menimang cahaya mata lambat lagi, jadi tidak salah rasanya kalau aku yangcadangkan satu dua nama... (tiba-tiba hati berkata aku mahukan anak.. yup.. aku mahukan anak lelaki yang comel.. anak-anak  lelaki pon boleh).hehehe.. boleh bagikan saya suami yang comel jugak??


apa harus kukatakan pasal exam.. hanya redha dan tawakal dengan jawapan yang aku luahkan di kertas jawapan . harap2 sem ini semuanya ok walaupan ada 1 @ 2 paper yang langsung x ok.. maafkan saya Dr. Ikwan. soalannya senang sangat sampai saya hanya mampu melihat dan tersenyum.. ok... aku mau tunggu keputusan..


sem 5 dah pun selesai.. teringat masa sem 1 thn 1 bila selesai jawab exam.. keluar dewan, soalan yang aku tanya kat kawan2 'boleh jawab x'... bila jawapannya 'x boleh', aku sedikit lega kerana ada kawan2 yang senasib dengan aku. tapi, time keluar result, result aku jauh ke belakang.. sungguh sedih kan. so, apa yang aku mampu katakan, otak manusia berbeza-beza.. tolong jangan samakan kemampuan diri anda dengan orang lain... buat setakat yang kita mampu n jangan bagi tekanan pada diri.. itu aku..


bagi aku, saat2 nak masuk exam, jangan sampai tiada ilmu langsung berkenaan dengan subjek yang kita nak jawab. kalau tak, resah gelisah diri kita. masuk dewan, pandang kiri pandang kanan, tgk kertas kejap, pusing kiri kanan balik tengok pakwe hensem..hehheh..opsss. ... ini bukan saya... 


tengah2 best menaip kt blog aku ni, teringt kat barang2 yang belum kemas... lusa dah nak balik... so, chow dulu.....

Thursday, November 4, 2010

````kat rumah~~~~

salam...

sape yang x suka balik kg??? aku salah sorang yang akan dislike status ini.. sebab aku  sangat2 suka bila ada peluang balik kg.. paling best tanpa memikirkan ada lagi exam yang belum selesai... takpe.. enjoy dulu sebelum start study subjek geo pengangkutan.. heheh.. sory prof rahim. tapi aku akan cuba buat terbaik untuk subjek prof...

bukan aku je suke bila dapat balik kg.. mak aku pun suka sebab dia dapat g jalan2.. betul... ini tak tipu... heheh..sampai rumah pukul 3.00 pagi, tido pukul 5 dan pukul 9.00 mak aku dah memekik suruh bangun sebab nak ajak g rumah mak sedara aku... ayah aku sangat2 paham aku sebab dia kate, orang baru je balik, nak ajak g jalan dah.... biar la dia tido dulu...hehehe

xpe... saya pun anak yang baik, bangun tido, mandi, siap2 nak bawak mak g kemaman... malam kuar lagi dengan manih tengok wayang... hehehe.. yang pastinya, hari ni ada plan lagi... kawan aku manih awal2x lagi dah msg ajak teman g  kemaman... sangat2 x sunyi ada kat rumah... hehehe... 

subjek geo pengangkutan belum study lagi.. takpe.. masih banyak hari lagi....

Thursday, October 14, 2010

ni ke dikatakan demam nak exm?????

exm tinggal 2 minggu lagi... minggu ni, semua kerja perlu disiapkan.. antibody lemah, badan makin x sihat.. diri rasa nak demam,.. selsema, batuk, lelah.. macam2 lagi..


takut keadaan bertmbh teruk, kepala hanya fikirkan nak gi klinik... nasib bek dayah sudi temankan. aku betul2 x larat nak bawak moto... kepala pening, batuk2... xleh nk concentrate kalu aku yang bawak..

pergi  klinik mega kat seksyen 16 bangi.. lepas doc cek  berkenaan ngn penyakit aku ni dan doc kate , awak pergi bilik sebelah..so, tnpa bantahan, ikut je setiap arahan doc... sampai kat sane, tengok penimbang dan alat ukur ketinggian.. dalam hati aku " maybe nak cek berat badan aku n lepas 2 doc akan kate"  awak obesiti dan ini punca awak asma yang teruk.. ada ke macam 2...hehehe


pas 2, pembantu doc datang dan bagi alat untuk dapatkan oksigen... fuh..... ingtkn nak timbang berat.. sedikit lega... hehehe.. lebih kurang 7 8 minit, aku g bilik doc lagi... lepas cek, doc kate, lelah teruk.. kalu boleh, datang lagi esok untuk buat sekali lagi....sekali ke xkn cukup...


 ok.. baik doc.. xde bantahan dari aku... heheh .. dapat mc 2 hari esok dan juga lusa.. tapi, aku xkn gunakan cuti tu sebab bagi aku, duduk di bilik, xde kerja yang nak dibuat... tido n terus tido... sory doc.. ambik balik surat mc 2 boleh??? pas 2 kurangkan harga ubat 2... hehehe..


ke kelas seperti biasa malam 2.. dah rase sedikit ok setelah diberi rawatan... yang pasti, esok  akan berjumpa lagi doc yang tadi.....

Sunday, October 3, 2010

serabut.......

perasaan aku tak tenang sekarang... byk benda yg nak kena settle... kadang2 rasa cam nak nangis walaupun cara tu takkan dapat selesaikan masalah... tapi menangis dapat tenangkan perasaan walaupun sekejap... betul kan???

makin hari, keje makin bertimbun ..walaupun banyak benda yang dah settle, tapi makin banyak yang keje yang datang dan tunggu untuk disiapkan...mampu ke aku??...

  • permintaan praktikal kat kemaman dah pun diterima...Alhamdulillah.. lega tapi x sepenuhnya selagi x tengok tempatnya cmne..
  • selsa malam, nak jumpe ketua persatuan ibu tunggal Fitrah kat bangi... harap2 semua berjalan lancar..
  • assigment masih banyak yang belum disiapkan... 
hanya pada Allah aku mintak agar dipermudahkan segala urusanku... Amin...

Thursday, September 2, 2010

......bila ingatan asyik pada raya......




dah lama tinggalkan blog ni.. dan memang takde mase untuk mengepost sesuatu kt sini.. just cuma berminat  untuk membaca blog orang lain je.. xde rasa pun untuk mendancingkan jari aku untuk menulis blog.. .so, pagi2 ni, aku nak buat senaman jari skit biar jari2 aku x jadi montel dah....hehe.

dah hampir 3 minggu umat islam berpuasa. so, lebih kurang seminggu lebih je lagi kita berpuasa dan lepas tu  nak sambut raya.. dua hari lagi kat UKM tapi takde rasa berkobar-kobar sangat nak balik raya sebab 2 minggu lepas dah pun balik rumah.. hehe.. kesian pada kawan2 yang belum balik rumah lagi pada bulan puasa ni.. harapa semuanya bersabar ok....


apa yang best pada bulan puasa tahun ni??

  • first, mesti lah best dapat berbuka sama2 dengan keluarga
  • berbuka dengan kawan2 di UKM di macam2 tempat... yang pasti, semua terukir kenangan
  • best jugak dapat berbuka dengan MB terengganu hari sabtu lepas..
  • dapat pergi terawih walaupun cuma hangat2 taik ayam... hehehhee

yang pasti, minggu depan masih ada perancangan bersama kawan2 sekolah  yang mesti ditunaikan.. tunggu  wahai teman2... baju raya aku langsung tak ambik tau.. yang aku tau, pagi raya aku akan memakai baju raya yang bukan aku yang pilih. so, berkenan atau x, aku pakai je.. hehe. ni memang tak jadi masalah pada aku yang tiap2 tahun keadaannya tetap sama... persiapan kuih raya??? yang ni kalau takde aku, mungkin lembap skit nak jalan. so, nak tak nak, kakak2 aku mesti tunggu aku balik. walaupun kehadiran aku hanya sekadar menjadi pembakar kuih raya yang setia... hehehehe..

 ni sekadar gambar hiasan sebab rumah aku x pernah beli kuih raya.... 

salah 1 kuih raya yang wajib dibuat..


tahun ni, akan mencipta sejarah sebab keluarga aku rancang untuk membakar lemang sendiri.. wow!!!! sangat teruja dan seronok sebab ni kali pertama.. hehehe. juadah baru di pagi raya..

 maaf. lemang ini bukan untuk dijual.. heheh

kegemaranku di pagi raya.. x dapat nasik pun xpe. asalkan yang atas ada. yum yum....

semoga, puasa dan raya tahun ni lebih bermakna dari tahun2 sebelum ni.... ..

byeee.... askm


Wednesday, August 11, 2010

~~RAMADHAN DATANG LAGI~~

salam...


dah pukul 2 pagi sekarang. agak lewat kan. yup.. tapi tu kalau kat rumah... kat u, dah menjadi kebiasaan tidur masa begini @ lebih lewat dari ni... ini aku.. orang lain, aku x tau ok.. hehehe.. syukur sebab dah separuh kerja datin iaitu selaku penyelia tesis aku siapkan.. ok.. bagus tak... hehe.. aku buat sebab tiba-tiba semangat aku datang selepas tarawih tadi.. tq ALLAH sebab berikan saya sedikit semangat dan kekuatan untuk mengarang berkenaan dengan tesis... hehe.. hari jumaat ni, perlu berjumpa datin lagi.. datin kata, kita perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan penyelia tesis kita supaya kita takde rase takut bila jumpe beliau... tq datin atas nasihat yang berguna... ayuh kita jalinkan hubungan yang lebih rapat.. .hehehe



ok.. esok kita dah start nak berpuasa.. semangat, sila datang ok!!!!  saya perlukan itu.. target ramadhan ini, buat sebanyak mana amalan mulia sebab bulan Ramadhan hanya datang setahun sekali... ini tak bermakna hanya bulan ini je perlu buat amal jariah... sila jangan salah faham ok.. dan jangan saman saya di mahkamah... hehehe.. maksud saya, jika sebelum ni kita dah buat amal, di bulan yang mulia, pertingkatkan lagi... ok.. sudah faham kan... BULAN RAMADHAN BULAN YANG PENUH DENGAN KEBERKATAN..





Banyak sungguh mesej yang diterima dari rakan-rakan tadi.. ada 2 mesej bagi aku, agak menarik.. ni bagi aku ok... 



"salam.. nama saya Syaa'ban... saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu RAMADHAN akan datang mengunjungi anda bersama isterinya iaitu  REZEKI dan kedua-dua anaknya  aiatu SAHUR dan IFTAAR. mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu RAHMAT,BARAKAH & KEAMPUNAN.... mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan EIDUL Airlines..... hargai mereka dan anda akan dapt pahala yang berlipat kali ganda!!!! insyaALLAH.. amin..."








1 meseg lagi..

"doa malaikat JIBRIL menjelang RAMADHAN .."YA ALLAH, tolong abaikan puasa ummat MUHAMMAD apabila memasuki bula RAMADHAN dia tidak melakukan perkara berikut:

  • tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya(jika masih ada)..
  • tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri 
  • tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang sekitarnya.....
maka RASULULLAH pun mengatakan amin sebanyak 3 kali...
dapatkah kita bayangkan , yg berdoa adalah MAlaikat dan yang mengaminkan adalah RASULULLAH dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. "

so, kalian sudah lakukan semua2 itu.. cepat2 lakukan..

*buat PEMBACA blog ini, saya mintak maaf jika ada melakukan keslhn baik yang sengaja @ yang x disengajakan... 

SEMOGA IBADAH PUASA KITA PADA TAHUN NI LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA DAN DIBERKATI ALLAH HENDAKNYA...


Sunday, August 8, 2010

konvokesyen ke-38 UKM

salam..

hari ni takde aktiviti yang dibuat.. cuma duduk di bilik dan petang tadi, pergi ke hentian kajang beli tiket raya... nasib baik ada lagi.. hehehe.. lau tak, balik dengan motor lah tahun ni.. sanggup ke.. oh tidak.. sungguh aku tak sanggup.. ke kelang yang x sampai 2 jam pun, dah gelisah dan panas punggung... ni kan nak balik kemaman...

cuci mata

so skang, tiket dah dapat.. maafkan saya pensyarah... terpaksa ponteng kelas selama seminggu.. yup.. cuma seminggu.. heheh.. 4 hb september aku baik.. yahooooooo!!!!!... nasib baik tiket bas 3 hb dah habis...  lau x, 3 hb jugak aku kebas.. maafkan aku kawan2 sebab balik awal dari kamu semua... hehehhe... ala, selama ni aku x pernah ponteng kelas lagi, so ni lah masanya aku nak ponteng.... salah ke???? emmmmmm.. mybe..


dah tiga hari berturut-turut aku beli ayam penyek  kat pesta konvo... bagi aku, boleh tahan jugak tapi sambalnya  pedas sangat2.. kalau perut yang x biasa terima sambal pedas camni, gerenti x sampai sejam, tandas lah jawabnya.. aku??? aku mantain... perut aku kebal... hehehehe..



cite pasal pesta konvo, bagi aku, pesta konvo tahun ni cam lebih meriah nak dibandingkan dengan tahun lepas.. gerai-gerai pun banyak, aktiviti banyak , artis yang dijemput pun ramai.. sebagai contoh, kumpulan six sense, heliza, brothers, yuna, aisyah dan ramai lagi lah... tapi aku cam kurang bersemangat je nak pergi pesta ni. pergi untuk cari makan je.. hehe.. pastu terus balik.. tapi esok, aku rasa cam nak jalan2 cuci mata kat pesta 2.. bukan selalu kan.. setahun sekali je.. 



jom-jom..

esok kalau jadi, nak pergi ke pesta konvokesyen linda.. nak tumpang sekaki pakai jubah.... heheh.. x sabar nak tunggu masa aku konvo.. nak tengok siapa yang sudi datang masa aku konvo dan belikan aku bunga dan bear yang best2... betul..lagi satu, sungguh x sabar nak naik pentas Dectar... hehe..  aku ni,  nak habis belajar je tau, kerja penyelia tesis aku bagi pun x siap2 lagi... camne lah nak dapat first degree camni... hukhukhuk...... 





*kuatkan semangat untuk hadapi hidup yang lebih mencabar,,,
*hari yang bosan tanpa aktiviti..,,

Friday, August 6, 2010

~~~~dulu. kini~~~~

salam...

bagaimana dengan kehidupan hari ini? harap2 semuanya sempurna dengan baik seperti yang telah dirancangkan.

begitu cepat masa berlalu kan..dulu, masa mula2 masuk u, terasa macam lambat sangat dunia berputar.. pejam celik pejam celik, dah masuk tahun 3 aku kat UKM. ye, bermakna, tahun ni tahun last aku kat sini. hidup kat u, banyak benda sangat yang aku dah rasa & lalui kat  sini...

dulu memang tak dinafikan yang aku ni memang seorang yang suka bergantung pada orang lain untuk hidup..betul.. sangat2 suka bergantung pada orang lain.. lebih2 lagi masa aku tinggal di asrama.. nak kemana-mana, mesti aku nakkan kawan bersama..bak kata, dalam semua perkara perlukan kawan..  kawan, kaulah segalanya.. hehehehe..

nak makan, ada kawan, nak pergi kedai, perlukan kawan, walhal ke tandas sebelum tido pun, mesti ada kawan. cuba bayangkan kalau aku takde kawan masa tu, mesti susah kan... sebagai contoh, malam2 sebelum tido, mesti perlukan kawan ke tandas, dan kalau xde sape nak temankan, jawapannya, aku sanggup menahan buang air sampai pagi.. teruk kan.. ish3x... tq untuk cenah yang asyik temankan aku ke tandas masa kita sama2 form 6 dulu.. hehe.. i tau u pun bukan berani sangat..

dulu, masa aku dapat masuk ukm, ade lah sorang kawan aku tanya kat aku "qema, boleh ke mg hidup tanpa kawan2 sek kita kat u".. noktah.. ayat yang pendek tapi sedikit pedas bagi aku... memang pedas...

mula2 masuk u dulu, memang perangai aku sebijik cam zaman2 persekolahan aku.. tapi, sekali aku fikir,,(opsss, bukan sekali tapi berkali-kali)  sampai bila aku hidup nak bergantung pada orang lain.. padahal, itu berkaitan dengan diri aku sendiri..

so, aku tanamkan azam, kuatkan semangat melakukan, jangan terlalu mengharapkan orang lain sangat dalam hidup kita..orang kata, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan kan.. dalam situasi begini, aku berjaya.. mampu melakukan banyak perkara bersendirian. mula2, nak lakukan memang susah. ada dulu aku dengar orang kata, hidup di u, x perlu nak bergantung harap pada orang lain.. orang pun xde masa nak layan kita.

bila aku kata camtu, x bermakna aku tak memerlukan kawan semasa di u.. itu sungguh tidak betul.  kawan juga perlu, tapi tidak dalam semua perkara kan.. kesian kawan. mereka juga memerlukan masa untuk diri mereka.. kalau orang lain boleh hidup dengan tidak meminta bantuan kita, tentu sekali kita pun boleh kan..

so, skang nak pergi cafe, xperlu berteman, nak ke kajang, xperlu berteman walaupun sorang, nak balik kmpung sorang2 pun, its ok.. tiada masalah punye... hehehe.. apa lagi yer.. tapi kalau  nak buat assigment, memang perlukan teman.... hehehe...

tapi yang ini x best kalau xde teman... main bowling dan tengok wayang.. betul, ini seyes.. sungguh2 x best.. hehe... knape aku kate x best main bowling sorang2.. sebab lepas kita baling, kita lagi yang baling.. terasa cam orang x betul pun ada.. hehe.. itu pada aku, x tau apa yang orang lain rasa,..

tengok wayang pula,  contohnya, bila cerita tu kelakar, xde teman  yang nak gelak sama2 dengan kita.. contoh lagi, bila tengok wayang dan tiba2 tertido, pastu tido plak berdengkur dan biasanya kawan yang kejutkan.. cuba bayangkan lau yang duduk sebelah kita tu bukan kawan kita, xde masa lah dia nak kejutkan kita.. betul kan... pastu, mesti orang tu siap maki lagi .. dah lah pompuan, tido plak berdengkur, memang x senonoh.. hehehe..  (ini pengalaman ok)..sebab tu berani kata kat sini.

*masa mematangkan kita kan.. (matangke aku)
*x meriah hidup tanpa kawan kan..
*teringat pasal ceramah ibu tunggal hari 2.. walaupun dalam BI, aku juga dapat memahaminya.. heeheh.. wapaupun seperti duduk di dunia asing..

Sunday, August 1, 2010

~`~~~saya suka..~~~~

salam... 

harap-harap hari ini membawa keceriaan kepada semua.. 

apa yang best pada hari ini?? ntahlah. rasanya tidak kemana-mana hari ini dan hanya mampu memandang dinding di bilik aku sahaja.. malas untuk keluar kerana semalam, aku sudah melalui perjalanan yang cukup meletihkan tapi menyeronokkan.  letih aku katakan kerana hanya aku seorang sahaja yang memandu dari ukm  ke uitm puncak alam, puncak alam terus ke uitm shah alam, terus ke batu tiga dan destinasi last ke i-city.. selepas itu, terus balik ke ukm.. mana x letih kan... xpe.. ianya berbaloi kan kerana dapat keluar bersama-sama juniorku... 

pemandangan dari atas uitm puncak alam.



cantik kan.. uitm ni baru dibuka 1 tahun yang lepas...


agak menyerabutkan kepada bila tersesat jalan ke batu 3 sehingga melalui kawasan yang penuh dengan kilang.  nasib baik ada 3 orang lagi yang mampu menunjukkan arah dengan betul bila aku  semakin serabut.. heheh..takpe.. hasilnya juga berbaloi.... menikmati pizza sebanyak 3 biji yang dimakan oleh 4 orang gadis... hehehe


tutorial memasak pizza.


                                                                          hasilnya......

kol 10 malam, bergerak semula ke uitm shah alam menghantar adik aku ke bilik kawannya.. masa yang suntuk yang tidak membolehkan aku menghantarnya ke puncak alam... selepas itu, lebih kurang 2 jam berada di i-city, mencari kedai makan kerana masing2 dah lapar nasi.. hehehe.. perut orang malaysia memang camni kan.. walaupun melantak pizza, nasi memang tidak pernah dilupakan...hehehe..



bila perut kenyang, masing2 dah mengantuk tapi aku, tetap menjadi driver yang setia dan mampu lagi memandu sehingga tiba di UKM... nasib baik dah pekena air kopi.. biarlah orang kata  itu selera orang tua pun,  yang penting aku perlukan itu untuk menghilangkan mengantuk... best kan air kopi... sama macam  ......... kulitku.. hehehe..

ok.. akhir sekali, memang badan penat tapi berbaloi dengan perjalanan yang menyeronokkan.... 

kami yang mengikuti destinasi ini.. hehe.. ye.hanya berempat..







 *kuat berjalan tapi kerja yang diberi oleh penyelia tesis belum dapat disiapkan sepenuhnya..    huhuhu.. takpe.. kuatkan semangat untuk lebih rajin..




Thursday, July 29, 2010

~~~aku dan monyet~~~

salam...

jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi tapi tiada tanda2 yang aku mahu tidur... dalam kelas petang tadi, bukan main lagi aku tersengguk-sengguk di dalam kelas Puan Azni... ok..tapi, bukan aku sahaja yang berkeadaan seperti itu.. betul.. kali ini aku x mahu jadi penipu.. hehe.. 2 3 orang juga yang aku rasa berkeadaan seperti aku.. wany dah 2 kali ke tandas dengan keadaan mata yang susah hendak dibuka.. tanda apa itu.. mengantuk kan.. oh.. lupa aku... manusia sebaris aku juga sama.. betul kan dayah.. masih  tak mahu mengaku.... hehehehe.. ini kenyataan..


ok... hari ini kelas bermula pukul 2 petang tapi terpaksa ke fakulti awal2 pagi kerana ada ceramah oleh prof. fuad dan Dr. Mohktar. .. awal pagi ke.. emm.. mungkin betul pada aku.... ok.. yang paling menyeronokkan minggu ini seminar tesis masih belum bermula...so, ini bermakna rancangan ke putrajaya,shah alam dan puncak alam akan diteruskan... dan diharap, my senior Asma Afifa akan dapat turut serta... harap2 hari sabtu asma off day.... kerana perjalanan ini sama2 dirancang bersamanya... lebih menyeronokkan dengan adanya ramai manusia di dalam kereta.... x gitu?....


lupa nak bercerita pasal kelmarin... balik saje dari kelas dan sampai di blok aku, tengok sampah bertaburan di atas lantai.. ok.. itu aku masih boleh terima tapi yang paling menyakitkan hati, sati blok berbau telur temelang.. kamu boleh terima??... sila bagitau saya... tengok lagi, .kulit telur bertaburan... 



sudah pasti siapa punya angkara.. monyet ukm... ye... monyet mane.. oh silap.. money K.I.Y kalau inginkan jawapan yang lebih tepat...  monyet ukm memang kurang baik kan..(x mahu guna perkataan jahat).. lebih sopan kan... hehehe..dari bilik mana monyet dapat telur, aku memang x boleh jawab..ok.. 

nasib baik pagi2 pekerja2 dah datang bersihkan sampah dan sembur air pada tempat yang berbau... so, kuranglah sedikit bau busuk.. kesian makcik2 & kakak2 indon.. tiap2 hari terpaksa buat kerja yang sama angkara monyet...ok.. nanti kita buat kelas untuk monyet2 ukm.. kita ajar supaya jangan suka mencuri dan suka menggeledah tong sampah.. 1 lagi, mengajar tentang jangan suka mengejar perempuan yang balik kelas membawa makanan....hehehe.. boleh ke macam tu?? barulah ringan sedikit kerja pekerja2 kan... ada sape2 setuju???

so, ada sape2 yang ada idea yang bagus untuk mengelakkan monyet x datang ke kolej K.I.Y lagi lebih2 lagi kat blok perempuan..???  x menggeledah tong sampah?? tak kejar perempuan2 yang bawa makanan?? sungguh sedih bukan.. sering hidup dalam keadaan ketakutan ketika waktu petang.... 

                                                                           ini aku..

ini monyet... kan bagus macam ni..

*ada orang bagi idea supaya letak bear kat tong sampah sebab dia kata monyet takut pada bear... betul ke?? aku kurang pasti sebab aku belum mencuba... hhehe
*kesian pada sorang budak kiy yang  laptopnya rosak angkara monyet yang menumpahkan air di atas laptop di dalam biliknya...
*sejak masuk ukm, xpernah aku membuka tingkap bilik sebab takutkan monyet...

Tuesday, July 27, 2010

salam..

 muncul semula di blog saya untuk kesekian kalinya.. jarang sekali ingin mengepost di sini kerana idea sering kali tidak mahu keluar dari kepala saya...ya.. kenapa ya.. orang lain,  mampu menulis sehingga 3 entry sehari... boleh bagi idea sedikit pada saya wahai insan2 yang berkaitan?....

ok... hidup seharian yang kadang2 amat membosankan.. pergi kelas, makan, tidur, novel... oh... kadang2 kita memerlukan ketenangan di bilik dan mungkin tidak...betul kan?.. keadaan bilik yang tidak pernah aku bayangkan... sangat2 tidak cantik bagi aku... dengan keadaan almari yang tidak mempunyai 1 pintu... adakah itu sesuai dan setimpal dengan bayaran yuran yang mahal dikenakan...?? sungguh tidak2 adil bukan.. tq untuk office dan jaksa2 yang terlibat menempatkan aku di sini.....

so, untuk menceriakan bilik aku yang agak kusam, aku belikan apa2 yang patut untuk menampakkan bilik aku lebih ceria... so, inilah hasilnya walaupun tidak begitu hebat aku menghiasnya.. sory, aku bukan designer.. tapi aku juga mampu menghias mengikut seleraku sendiri.... jom terjah..

sila jangan komen kalau ini tidak menepati citarasa anda.... hehe

ya.. saya memang seorang yang jiwang...
...????......

kalau ini bilik aku sendiri, ingin aku renovate bilik ini menjadi sebuah kondo...heehhe... oh.. sungguh tinggi impian... bukan ke itu lebih selesa...


Thursday, July 22, 2010

jelajah utara~~~~

2 minggu menghilangkan diri tanpa facebook dan blog... hidup di bilik yang amat membosankan tanpa teman dan tanpa laptop.... bukan 1 masa yang singkat bukan...

bila sudah 2 minggu di ukm, ini bermakna sudah 2 minggu aku meninggalkan kampung halaman tercinta.. entah bila lagi aku dapat balik ke  kemasek...(seperti tinggal di overseas pun ada kan) hehe... padahal, kalau berdasarkan jadual kelas, dalam 7 hari, hanya 3 hari saje kelas aku.. 4 hari lagi??? semua tu diisi dengan pelbagai program yang menarik... contohnya, tido, jalan2 habiskan duit... oh.. itu sangat penting... orang kata, jauh perjalanan luas pemandangan kan.... hehehe..

seminggu yang lepas, perjalanan yang cukup menarik pada diri aku sendiri.. kalau ditanya yang mengikuti kem jelajah utara, tidak mungkin yang mengatakan ia sesuatu yang membosankan.... hehe.. seyes... ini bukan main-main... perjalanan dari bangi ke perak, kemudian ke kedah,perlis dan penang.... sungguh.. kalau berpeluang, ingin sekali lagi @ pun berkali-kali aku ingin ke sana lagi.... 

hari pertama, perjalanan ke perak, menuju ke menara condong di perak, ke kem tudm lumut perak, jeti ke pulau pangkor dan meneruskan lagi perjalanan ke kedah.. menginap di hotel seri malaysia alor setar, kedah..

taman ular..

hari kedua, meneruskan perjalanan ke perlis.... taman ular, gua kelam, padang besar, sempadan thailand, lalu di ladang tebu, terus ke UUM  dan terus ke jeti kuala perlis.. tempat orang naik feri ke pulau langkawi... bila agaknya aku akan menjejakkan kaki ke p.Langkawi...


hari ke tiga, terus jalan2 melalui jambatan pulau pinang, ke USM, rumah P.Ramlee, ingin ke bukit bendera tetapi tempat itu sedang dibaikpulih.... ingin sekali lagi merasa ke bukit bendera sebab aku tau keadaan di  bukit bendera sangat2 best.... menjamu selera nasi kandar.. orang kata, lau pergi penang, mesti rasa nasi kandar..betul kan.. so, aku pun x melepaskan peluang makan nasi kandar.....  apa yang ada pada nasi kandar???????? hehehehehe... 

 di gua kelam                                  ladang tebu



pengalaman pertama menaiki feri bersama-sama kenderaan yang dinaiki.. memang best.... apa yang best??? 
semua tempat yang aku pergi, semua best2...  n teruskan lagi perjalan ke perak dan dinner kat rumah bob... the big driver... hehehe...  lepas isyak, bergerak lagi dan 1:30 tiba di ukm..

                                                                 kami suka bergambar..


*ingin kesana lagi jika diberi kesempatan
*bila agaknya dapat jumpa pakwe orang utara??/ hehe.. malam ni mimpikan orang utara k..
*kalau bab berjalan, memang best walau ke tempat dekat sekalipun...

JOM JENGUK LAGI....


rumah p.ramlee

Saturday, July 10, 2010

kembali seperti dulu.....

lebih kurang seminggu sudah tidak meng update blog ini... bukan kerana kesibukan  tetapi tiada idea untuk ditulis dan dikongsi....so, mendiamkan diri lebih baik bagi aku.. bila online dan membuka blog, perkara yang pertama yang aku lakukan adalah tengok samaada  blog " dunia sebelah zara" ada mengupdate  entry baru @ tidak... entrynya sentiasa menarik minat aku untuk terus membaca dan terus membaca dan kadangkala, aku turut kolmen di blog beliau... 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hampir 3 bulan sudah aku bercuti di rumah bersama-sama keluarga dan esok tibalah masanya untuk aku kembali ke UKM tercinta dan menjalankan kehidupan sebagai seorang pelajar semula.. oh tidak...!! dah bersedia ke aku untuk kembali menuntut ilmu.. menghadiri kuliah dan terpaksa bangun pagi2.. oh!!! sungguh tidak sanggup rasanya.. tapi, nak atau tidak, itulah tanggungjawab yang terpaksa aku lakukan demi untuk mencapai segulung ijazah... betul x...

sedih rasanya meniggalkan keluarga esok( macam belajar kat overseas plak kan)hehehe.... masa untuk bersama kawan2  ukm dah tiba n masa untuk meninggalkan kawan2 di kampung... aku pergi dulu kawan... doakan kejayaan aku di UKM tercinta.. hehehe... juga sudah puas menghabiskan duit di kampung, n semestinya di sana nanti, lagi banyak wang habis bukan... 

pada ibu dan bapa, nantikan kepulanganku di hari raya.. ananda pasti pulang menyambut hari bahagia bersama-sama kalian... hahaha.. aku dah makin mengarut apabila malam dah semakin larut.....

selamat malam semua.. semoga hari esok masih ada untuk kita agar dapat kita menjalankan kehidupan sebagai khalifah di muka bumi ini... 

selamat malam dunia

Monday, June 28, 2010

jom jalan~~~~~~~~~~

perjalanan yang dirancang pada hari sabtu diawalkan sehari.. sempena trg juara sukma, dapat cuti 1 hari iaitu hari ini... so, ramai le yang nak ikut menghantar adik kesayanganku di uitm puncak alam.. memang jauh di puncak.. hehehe..


perjalanan 3 hari 2 malam yang sangat menyeronokkan.. laluan ke genting menuju ke batang kali.. dari batang kali ke shah alam.. dari shah alam ke uitm puncak alam... oh.. walaupun penat, perlu kukatakan ini sangat2 seronok kerana jarang sekali dapat bersama keluarga... maklumlah.. masing2  sibuk dengan kerja... ini sangat2  tidak seronok kan....

sebelum bertolak..

jumaat malam di batang kali, saya punya abang punya rumah... hehehe.. sempat lagi menyaksikan perlawanan bola antara BRAZIL vs PORTUGAL... sememangnya portugal menjadi pilihan hati walaupun rata2 penghuni di rumah itu menyokong  brazil... aku  memang x minat brazil..... camne hebat pun brazil, aku  xkan sokong... hehehe..

keesokan hari, disebabkan dah berjanji dengan anak2 saudara kesayangan aku nak bawa naik KTM, terpaksalah aku bangun awal2 walaupn penat belum hilang...  maklum lah.. kat trg mana ada  semua 2.. train ke, monorail ke, lrt ke... memang xkan dapat nek... sebab 2 lah, aku penuhi hasrat anak sedara aku 2... lau x, ntah bila lagi dapat  naik kan.... jadi, kenalah  pergi awal2 sebab tengahari dah nak bertolak ke shah alam rumah sepupu..

 dah dapat naik train, tapi kena berdiri la...

bangun awal dan membawa anak2 saudara aku seramai 3 orang.. terasa seperti seorang isteri yang mempunyai anak yang ramai pada usia yang sangat muda... hehehe....nasib baik lah adik aku sudi ikut aku menyertai xpdc menaiki trian... hehehe.. perjalanan yang dekat dari batang kali ke rawang.... sampai je terus mengisi perut yang sememangnya mintak diisi  sejak pagi2 lagi.. hehe.. lmbt skit, perut dah mula mergam.... orang kuat makan, memang macam 2....  lepas makan, patah balik lah ke batang kali... hehe.. cukup le 2.. yang penting anak2 sedara aku dapat merasa... tol x....



bertolak ke shah alam n waktu malam ke i-city... kali ke 2 ke situ, agak banyak le tambhan yang dibuat berbanding masa aku pergi lebih kurang 3 bulan lepas... makin cantik, teruja... hehe.. belum ada lagi kat malaysia ni yang buat macam tu kan... dah datang  shah alam, lau x pergi rasa macam rugi pulak.. 

 di i-city.. aku xde lam gmbr.. x pnting.. hehe

ok.. pagi ahd menjelma, dan inilah sebenarnya tujuan utama kami semua  datang ke KL... mendaftar adik aku di uitm puncak alam.. tempatnya yang agak jauh dari bandar, tapi   fakulti  dan kolej penginapan yang cantik.. yelah.. baru setahun beroperasi... dan hanya memuatkan 4 fakulti sahaja... ( farmasi, sains bersekutu, pengurusan dan pengurusan pejabat).. yang 2 last aku kurang pasti.. hehe..  
bye.. bye... ceksu... balik dulu.. hehe..
lepas dah selesai semua urusan, berhenti makan n terus pulang ke terengganu... ni kiranya macam percutian jugak lah kan... hehehe.. tahun depan time aku konvo,  kalau x ramai yang datang memang aku terasa lah.... hukhuk.... sobsob... 

*apa pulak aktiviti untuk esok erk????????????????????????????