CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, August 11, 2010

~~RAMADHAN DATANG LAGI~~

salam...


dah pukul 2 pagi sekarang. agak lewat kan. yup.. tapi tu kalau kat rumah... kat u, dah menjadi kebiasaan tidur masa begini @ lebih lewat dari ni... ini aku.. orang lain, aku x tau ok.. hehehe.. syukur sebab dah separuh kerja datin iaitu selaku penyelia tesis aku siapkan.. ok.. bagus tak... hehe.. aku buat sebab tiba-tiba semangat aku datang selepas tarawih tadi.. tq ALLAH sebab berikan saya sedikit semangat dan kekuatan untuk mengarang berkenaan dengan tesis... hehe.. hari jumaat ni, perlu berjumpa datin lagi.. datin kata, kita perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan penyelia tesis kita supaya kita takde rase takut bila jumpe beliau... tq datin atas nasihat yang berguna... ayuh kita jalinkan hubungan yang lebih rapat.. .hehehe



ok.. esok kita dah start nak berpuasa.. semangat, sila datang ok!!!!  saya perlukan itu.. target ramadhan ini, buat sebanyak mana amalan mulia sebab bulan Ramadhan hanya datang setahun sekali... ini tak bermakna hanya bulan ini je perlu buat amal jariah... sila jangan salah faham ok.. dan jangan saman saya di mahkamah... hehehe.. maksud saya, jika sebelum ni kita dah buat amal, di bulan yang mulia, pertingkatkan lagi... ok.. sudah faham kan... BULAN RAMADHAN BULAN YANG PENUH DENGAN KEBERKATAN..





Banyak sungguh mesej yang diterima dari rakan-rakan tadi.. ada 2 mesej bagi aku, agak menarik.. ni bagi aku ok... 



"salam.. nama saya Syaa'ban... saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu RAMADHAN akan datang mengunjungi anda bersama isterinya iaitu  REZEKI dan kedua-dua anaknya  aiatu SAHUR dan IFTAAR. mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu RAHMAT,BARAKAH & KEAMPUNAN.... mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan EIDUL Airlines..... hargai mereka dan anda akan dapt pahala yang berlipat kali ganda!!!! insyaALLAH.. amin..."








1 meseg lagi..

"doa malaikat JIBRIL menjelang RAMADHAN .."YA ALLAH, tolong abaikan puasa ummat MUHAMMAD apabila memasuki bula RAMADHAN dia tidak melakukan perkara berikut:

  • tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya(jika masih ada)..
  • tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri 
  • tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang sekitarnya.....
maka RASULULLAH pun mengatakan amin sebanyak 3 kali...
dapatkah kita bayangkan , yg berdoa adalah MAlaikat dan yang mengaminkan adalah RASULULLAH dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. "

so, kalian sudah lakukan semua2 itu.. cepat2 lakukan..

*buat PEMBACA blog ini, saya mintak maaf jika ada melakukan keslhn baik yang sengaja @ yang x disengajakan... 

SEMOGA IBADAH PUASA KITA PADA TAHUN NI LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA DAN DIBERKATI ALLAH HENDAKNYA...


Sunday, August 8, 2010

konvokesyen ke-38 UKM

salam..

hari ni takde aktiviti yang dibuat.. cuma duduk di bilik dan petang tadi, pergi ke hentian kajang beli tiket raya... nasib baik ada lagi.. hehehe.. lau tak, balik dengan motor lah tahun ni.. sanggup ke.. oh tidak.. sungguh aku tak sanggup.. ke kelang yang x sampai 2 jam pun, dah gelisah dan panas punggung... ni kan nak balik kemaman...

cuci mata

so skang, tiket dah dapat.. maafkan saya pensyarah... terpaksa ponteng kelas selama seminggu.. yup.. cuma seminggu.. heheh.. 4 hb september aku baik.. yahooooooo!!!!!... nasib baik tiket bas 3 hb dah habis...  lau x, 3 hb jugak aku kebas.. maafkan aku kawan2 sebab balik awal dari kamu semua... hehehhe... ala, selama ni aku x pernah ponteng kelas lagi, so ni lah masanya aku nak ponteng.... salah ke???? emmmmmm.. mybe..


dah tiga hari berturut-turut aku beli ayam penyek  kat pesta konvo... bagi aku, boleh tahan jugak tapi sambalnya  pedas sangat2.. kalau perut yang x biasa terima sambal pedas camni, gerenti x sampai sejam, tandas lah jawabnya.. aku??? aku mantain... perut aku kebal... hehehehe..



cite pasal pesta konvo, bagi aku, pesta konvo tahun ni cam lebih meriah nak dibandingkan dengan tahun lepas.. gerai-gerai pun banyak, aktiviti banyak , artis yang dijemput pun ramai.. sebagai contoh, kumpulan six sense, heliza, brothers, yuna, aisyah dan ramai lagi lah... tapi aku cam kurang bersemangat je nak pergi pesta ni. pergi untuk cari makan je.. hehe.. pastu terus balik.. tapi esok, aku rasa cam nak jalan2 cuci mata kat pesta 2.. bukan selalu kan.. setahun sekali je.. 



jom-jom..

esok kalau jadi, nak pergi ke pesta konvokesyen linda.. nak tumpang sekaki pakai jubah.... heheh.. x sabar nak tunggu masa aku konvo.. nak tengok siapa yang sudi datang masa aku konvo dan belikan aku bunga dan bear yang best2... betul..lagi satu, sungguh x sabar nak naik pentas Dectar... hehe..  aku ni,  nak habis belajar je tau, kerja penyelia tesis aku bagi pun x siap2 lagi... camne lah nak dapat first degree camni... hukhukhuk...... 





*kuatkan semangat untuk hadapi hidup yang lebih mencabar,,,
*hari yang bosan tanpa aktiviti..,,

Friday, August 6, 2010

~~~~dulu. kini~~~~

salam...

bagaimana dengan kehidupan hari ini? harap2 semuanya sempurna dengan baik seperti yang telah dirancangkan.

begitu cepat masa berlalu kan..dulu, masa mula2 masuk u, terasa macam lambat sangat dunia berputar.. pejam celik pejam celik, dah masuk tahun 3 aku kat UKM. ye, bermakna, tahun ni tahun last aku kat sini. hidup kat u, banyak benda sangat yang aku dah rasa & lalui kat  sini...

dulu memang tak dinafikan yang aku ni memang seorang yang suka bergantung pada orang lain untuk hidup..betul.. sangat2 suka bergantung pada orang lain.. lebih2 lagi masa aku tinggal di asrama.. nak kemana-mana, mesti aku nakkan kawan bersama..bak kata, dalam semua perkara perlukan kawan..  kawan, kaulah segalanya.. hehehehe..

nak makan, ada kawan, nak pergi kedai, perlukan kawan, walhal ke tandas sebelum tido pun, mesti ada kawan. cuba bayangkan kalau aku takde kawan masa tu, mesti susah kan... sebagai contoh, malam2 sebelum tido, mesti perlukan kawan ke tandas, dan kalau xde sape nak temankan, jawapannya, aku sanggup menahan buang air sampai pagi.. teruk kan.. ish3x... tq untuk cenah yang asyik temankan aku ke tandas masa kita sama2 form 6 dulu.. hehe.. i tau u pun bukan berani sangat..

dulu, masa aku dapat masuk ukm, ade lah sorang kawan aku tanya kat aku "qema, boleh ke mg hidup tanpa kawan2 sek kita kat u".. noktah.. ayat yang pendek tapi sedikit pedas bagi aku... memang pedas...

mula2 masuk u dulu, memang perangai aku sebijik cam zaman2 persekolahan aku.. tapi, sekali aku fikir,,(opsss, bukan sekali tapi berkali-kali)  sampai bila aku hidup nak bergantung pada orang lain.. padahal, itu berkaitan dengan diri aku sendiri..

so, aku tanamkan azam, kuatkan semangat melakukan, jangan terlalu mengharapkan orang lain sangat dalam hidup kita..orang kata, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan kan.. dalam situasi begini, aku berjaya.. mampu melakukan banyak perkara bersendirian. mula2, nak lakukan memang susah. ada dulu aku dengar orang kata, hidup di u, x perlu nak bergantung harap pada orang lain.. orang pun xde masa nak layan kita.

bila aku kata camtu, x bermakna aku tak memerlukan kawan semasa di u.. itu sungguh tidak betul.  kawan juga perlu, tapi tidak dalam semua perkara kan.. kesian kawan. mereka juga memerlukan masa untuk diri mereka.. kalau orang lain boleh hidup dengan tidak meminta bantuan kita, tentu sekali kita pun boleh kan..

so, skang nak pergi cafe, xperlu berteman, nak ke kajang, xperlu berteman walaupun sorang, nak balik kmpung sorang2 pun, its ok.. tiada masalah punye... hehehe.. apa lagi yer.. tapi kalau  nak buat assigment, memang perlukan teman.... hehehe...

tapi yang ini x best kalau xde teman... main bowling dan tengok wayang.. betul, ini seyes.. sungguh2 x best.. hehe... knape aku kate x best main bowling sorang2.. sebab lepas kita baling, kita lagi yang baling.. terasa cam orang x betul pun ada.. hehe.. itu pada aku, x tau apa yang orang lain rasa,..

tengok wayang pula,  contohnya, bila cerita tu kelakar, xde teman  yang nak gelak sama2 dengan kita.. contoh lagi, bila tengok wayang dan tiba2 tertido, pastu tido plak berdengkur dan biasanya kawan yang kejutkan.. cuba bayangkan lau yang duduk sebelah kita tu bukan kawan kita, xde masa lah dia nak kejutkan kita.. betul kan... pastu, mesti orang tu siap maki lagi .. dah lah pompuan, tido plak berdengkur, memang x senonoh.. hehehe..  (ini pengalaman ok)..sebab tu berani kata kat sini.

*masa mematangkan kita kan.. (matangke aku)
*x meriah hidup tanpa kawan kan..
*teringat pasal ceramah ibu tunggal hari 2.. walaupun dalam BI, aku juga dapat memahaminya.. heeheh.. wapaupun seperti duduk di dunia asing..

Sunday, August 1, 2010

~`~~~saya suka..~~~~

salam... 

harap-harap hari ini membawa keceriaan kepada semua.. 

apa yang best pada hari ini?? ntahlah. rasanya tidak kemana-mana hari ini dan hanya mampu memandang dinding di bilik aku sahaja.. malas untuk keluar kerana semalam, aku sudah melalui perjalanan yang cukup meletihkan tapi menyeronokkan.  letih aku katakan kerana hanya aku seorang sahaja yang memandu dari ukm  ke uitm puncak alam, puncak alam terus ke uitm shah alam, terus ke batu tiga dan destinasi last ke i-city.. selepas itu, terus balik ke ukm.. mana x letih kan... xpe.. ianya berbaloi kan kerana dapat keluar bersama-sama juniorku... 

pemandangan dari atas uitm puncak alam.



cantik kan.. uitm ni baru dibuka 1 tahun yang lepas...


agak menyerabutkan kepada bila tersesat jalan ke batu 3 sehingga melalui kawasan yang penuh dengan kilang.  nasib baik ada 3 orang lagi yang mampu menunjukkan arah dengan betul bila aku  semakin serabut.. heheh..takpe.. hasilnya juga berbaloi.... menikmati pizza sebanyak 3 biji yang dimakan oleh 4 orang gadis... hehehe


tutorial memasak pizza.


                                                                          hasilnya......

kol 10 malam, bergerak semula ke uitm shah alam menghantar adik aku ke bilik kawannya.. masa yang suntuk yang tidak membolehkan aku menghantarnya ke puncak alam... selepas itu, lebih kurang 2 jam berada di i-city, mencari kedai makan kerana masing2 dah lapar nasi.. hehehe.. perut orang malaysia memang camni kan.. walaupun melantak pizza, nasi memang tidak pernah dilupakan...hehehe..



bila perut kenyang, masing2 dah mengantuk tapi aku, tetap menjadi driver yang setia dan mampu lagi memandu sehingga tiba di UKM... nasib baik dah pekena air kopi.. biarlah orang kata  itu selera orang tua pun,  yang penting aku perlukan itu untuk menghilangkan mengantuk... best kan air kopi... sama macam  ......... kulitku.. hehehe..

ok.. akhir sekali, memang badan penat tapi berbaloi dengan perjalanan yang menyeronokkan.... 

kami yang mengikuti destinasi ini.. hehe.. ye.hanya berempat..







 *kuat berjalan tapi kerja yang diberi oleh penyelia tesis belum dapat disiapkan sepenuhnya..    huhuhu.. takpe.. kuatkan semangat untuk lebih rajin..