CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 22, 2010

rindu pada mereka

bosan bila keseorangan.. hati terasa mau tengok wayang... menunggu ajakan kawan2 @ sesiapa yang sudi... masa kat u, bila bosan n duduk sorang2, tiba2 ingatan pada rumah.. ingat mak ayah, anak saudara, kawan2 kat kg.. tapi bila kat rumah, terasa rindu pada kehidupan kat U.. huhuhu..


aku rindukan pada orangg yang aku sayang, kawan2, bekas roomate aku yang dah lama sangat aku tak jumpe. rindu sangat2 pada mereka.. rindu nak buat aktiviti sama2 dengan mereka.. bekas roomate aku yang aku sayang, suhaidah dan dila.. rindu pada kamu yang pernah hidup sebilik dengan aku. su, insan yang selalu bercerita apa2 je dengan aku, kadang2 tolong aku buatkan kerja.. tolong editkan gambar aku.. ye. aku suka tengok su edit gambar.. sangat2 cantik.. rindu nak keluar makan2 dan jalan2 dengan kamu.. aku rindu semua...

 thanks su..

rindu juga pada kawan2.. rindu nak buat kerja sama2, rindu nak sewa kereta dan pergi jalan jauh2 tinggalkan UKM beribu batu...hehehe..

last, orang yang sangat2 aku sayang... rindu jugak sama dia... tanya pada diri 'rindu ke dia pada aku'...." angin, tolong sampaikan rindu dan sayang aku pada dia boleh"??... aku rindu dia tapi x tau cara untuk aku jumpa dia..   lagu kat bawah aku tujukan untuk dia walaupun belum tentu dia baca...


Sayang aku ingin berbicara kepadamu
Tentang apa yang tengah aku rasakan
Ada apa ada apa katakanlah semuanya
Ku kan dengarkan duhai cintaku
Bila nanti orang tuamu tak meridhoi
Dengan apa yang kurasakan padamu
Semua orang tua ingin yang terbaik untuk anaknya
Begitupun orang tuaku
Kau takkan tinggalkanku
Takkan pernah sayangku
Janjimu janjiku untukku
Takkan ada yang bisa pisahkan kita
Sekalipun kau telah tiada
Akan kupastikan
Ku kan memeluk mencium di surga
Jangan kau pergi tinggalkan Aku
Bawa aku kemana kau mau
Janji ku padamu Jiwa dan ragaku
Mati
ku pun mau


x sabar nak berjumpa dengan orang2 yang aku sayang...

Sunday, November 21, 2010

~~~~apa nak dikata~~~~

bagi masa sedikit untuk jari menari di blog sendiri.. 


sangat bosan di malam hari.. masih dalam mood rayakah?? raya haji tahun ni sama seperti tahun2 lepas. yang lainnya, tahun ini tambah seorang ahi baru dalam keluarga. kehadiran anak saudara baru pada 8.11.2010. sangat2 suka sebab dah lama tak menyambut kehadiran anak saudara...


 kecik kan. 2.4 kg je...


semalam, ada sedikit majlis di rumah kakak aku sempena anak saudaraku  yang nak berkhatan dan ditambah dengan majlis cukur rambut. sedikit letih melayan tetamu..

 selepas majlis cukur rambut...

kidnap anak jiran sebelah.. heheh


 teringat kejadian 3 hari lepas di satu tempat. terjumpa seseorang yang aku pernah sayang. terserempak depan-depan tapi tiada sapaan walaupun 'hai'.. malu sangat ke nak tegur aku walaupun dia bersama tunangnya?? bukan nak mengungkit, tapi ini ke sikap manusia.... xpernah nak hargai seseorang yang pernah berkawan  cukup lama dan kadang2 tempat dia luahkan perasaan waktu dulu?  ... hati sangat2 terasa tapi apa boleh buat kan.. terima seadanya,..


hari ni hujan agak lebat tapi nasib baik tak banjir. perlu sentiasa berwaspada dan barang-barang ada yang dah dikemaskan... yup...  perlu bersedia sebab sekarang musim banjir..  berdoa semoga tahun ni tak banjir seperti tahun lepas yang memang agak teruk... amin.....

Friday, November 12, 2010

...lepas exam....

exam dah habis. boleh jawab @ x, itu belakang kira.. yg penting, fikiran hanya di rumah-rumah dan rumah.. x sabar rasanya nak tengok anak sedara baru.. anak orang lain, aku yang sibuk pikirkan nama yang sesuai.. oh... saat aku menimang cahaya mata lambat lagi, jadi tidak salah rasanya kalau aku yangcadangkan satu dua nama... (tiba-tiba hati berkata aku mahukan anak.. yup.. aku mahukan anak lelaki yang comel.. anak-anak  lelaki pon boleh).hehehe.. boleh bagikan saya suami yang comel jugak??


apa harus kukatakan pasal exam.. hanya redha dan tawakal dengan jawapan yang aku luahkan di kertas jawapan . harap2 sem ini semuanya ok walaupan ada 1 @ 2 paper yang langsung x ok.. maafkan saya Dr. Ikwan. soalannya senang sangat sampai saya hanya mampu melihat dan tersenyum.. ok... aku mau tunggu keputusan..


sem 5 dah pun selesai.. teringat masa sem 1 thn 1 bila selesai jawab exam.. keluar dewan, soalan yang aku tanya kat kawan2 'boleh jawab x'... bila jawapannya 'x boleh', aku sedikit lega kerana ada kawan2 yang senasib dengan aku. tapi, time keluar result, result aku jauh ke belakang.. sungguh sedih kan. so, apa yang aku mampu katakan, otak manusia berbeza-beza.. tolong jangan samakan kemampuan diri anda dengan orang lain... buat setakat yang kita mampu n jangan bagi tekanan pada diri.. itu aku..


bagi aku, saat2 nak masuk exam, jangan sampai tiada ilmu langsung berkenaan dengan subjek yang kita nak jawab. kalau tak, resah gelisah diri kita. masuk dewan, pandang kiri pandang kanan, tgk kertas kejap, pusing kiri kanan balik tengok pakwe hensem..hehheh..opsss. ... ini bukan saya... 


tengah2 best menaip kt blog aku ni, teringt kat barang2 yang belum kemas... lusa dah nak balik... so, chow dulu.....

Thursday, November 4, 2010

````kat rumah~~~~

salam...

sape yang x suka balik kg??? aku salah sorang yang akan dislike status ini.. sebab aku  sangat2 suka bila ada peluang balik kg.. paling best tanpa memikirkan ada lagi exam yang belum selesai... takpe.. enjoy dulu sebelum start study subjek geo pengangkutan.. heheh.. sory prof rahim. tapi aku akan cuba buat terbaik untuk subjek prof...

bukan aku je suke bila dapat balik kg.. mak aku pun suka sebab dia dapat g jalan2.. betul... ini tak tipu... heheh..sampai rumah pukul 3.00 pagi, tido pukul 5 dan pukul 9.00 mak aku dah memekik suruh bangun sebab nak ajak g rumah mak sedara aku... ayah aku sangat2 paham aku sebab dia kate, orang baru je balik, nak ajak g jalan dah.... biar la dia tido dulu...hehehe

xpe... saya pun anak yang baik, bangun tido, mandi, siap2 nak bawak mak g kemaman... malam kuar lagi dengan manih tengok wayang... hehehe.. yang pastinya, hari ni ada plan lagi... kawan aku manih awal2x lagi dah msg ajak teman g  kemaman... sangat2 x sunyi ada kat rumah... hehehe... 

subjek geo pengangkutan belum study lagi.. takpe.. masih banyak hari lagi....