CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 25, 2010

~~ukm dan banjir di kg~~

dah seminggu berada di UKM.. menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar semula setelah sebulan lebih berada di rumah tanpa arah tujuan.. mana yang lebih menyeronokkan??? di UKM atau kg terchenta??? heheh. kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan... yang pasti,  hidup mesti diteruskan walau di mana kita berada.. itu aku suka..

sem baru, tahun baru.. tekan minyak untuk sem yang terakhir di UKM... hehehe.. tak perlu berazam azam untuk sem dan tahun baru sebab dari dulu dah bertimbun timbun azam yang jarang sekali terlaksana.. yup.. ini benar..

seminggu di UKM tapi hati tetap pada rumah.. lebih2 lagi, aku tinggalkan rumah dalam keadaan yang menyedihkan... huhuh.. rumah aku banjir lagi... tapi, nak atau x, aku terpaksa datang ke UKM jugak.. teringat banjir yang berlaku tahun lepas.. banjir paling besar yang pernah melanda kemasek sehingga mengalami kerosakan yang agak banyak.. sebenarnya hati berat untuk meninggalkan rumah tapi terpaksa...

 permulaan  banjir
 .....


sempat lgi posing w/p air dah makin naik
budak2 memang suka main air.. mklum la..  sethn skli bnjir

duit JPA belum masuk dan keadaan menjadi semakin tertekan.. kehabisan dan kelicinan duit menguasai diri... keadaan  membuatkan aku terpaksa berjimat di tahap maksimum.. boleh percaya ke??? ada sape2 mahu bagi pinjam duit kat aku???? budak2 PTPTN sila jangan kedekut.. hehe. nanti aku belanja makan ice cream di ice room... yummy yummy.. dah lame x ke sane...

*harap2 tiada banjir ke 2 yang melanda kg ku tahun ini..
*berdoaJPA masuk esok... (itu mungkin betul)..
*maju dan terus maju.. tesisku, dah boleh mulakan buat soal selidik,.go!go! teruskan usaha

Friday, December 10, 2010

apa kena dengan aku

10.12.2010 result exam keluar.. ucapan TAHNIAH pada diri aku sendiri sebab berjaya dapat keputusan yang baik.. jauh dari apa yang aku sasarkan.. aku tau, kawan2 aku pun ramai dapat keputusan yang baik.. ini berkat kerajinan aku mungkin?? tapi ada  satu kertas yang langsung aku x percaya.. jawab cincai2 tapi boleh dapat keputusan yang baik.. mungkin jugak assigment group dan individu membantu aku.. syukur pada yang Maha Esa atas segalanya..

semalam menonton wayang "aku tak bodoh" di Mesra mall.. jalan cerita yang agak menarik dan dari mula2 tayangan, aku asyik gelak.. ok.. bukan aku sorang, tapi boleh dikatakan ramai yang gelak sakan... tak rugi laburkan duit untuk filem ini... hehehe.. kata anak sedare aku, kalau diberi peluang tengok cite ni lagi, dia nak tengok walaupun dah tengok...

hari ni start membaca novel lafazkan kalimah cintamu  yang ditulis oleh siti rosmizah.. setakat pembacaan aku, ceritanya menarik.. nak cerita pun, x baca habis lagi.. yang pasti, semakin teruja untuk membacanya... harap2 hari esok ada masa untuk meneruskan pembacaan walaupun tahu esok banyak program yang mesti dihadiri.. wah!!!! bunyi macam aku ni orang penting.. hehehe.. ye, akhir2 ni aku agak busy dengan menjadi driver mak ayah dan jugak adik aku... yup.. driver tanpa gaji tapi aku suke.. sebab boleh hilangkan kebosanan yang melanda diri...

*aku suka buat sesuatu yang aku suka.. aku seronok.. seronok dan seronok.... boleh ke aku nak keseronokan hidup sampai bile2?? selagi boleh, aku akan cuba untuk gembirakan hati aku nak orang lagi.. senyumlah selalu..