CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 4, 2012

~~linguaphone~~


salam..

linguaphone oh linguaphone.. pernah dengar ke pasal ni? ada yang geram? marah? nak maki?  suka produk ni? apa benda ni sebenarnya?


google
bagi besor skit gmbo ni.. hehe

bila aku search je pasal ni, bermacam-macam kutukan dan yang x puas hati pasal  benda ni.. aku  pon menyokong apa yang orang ramai kutuk pasal barang ni sebab orang yang dekat dengan aku pernah melalui perkara yang sama..

dipaksa untuk membeli barang diorang walaupon pada awalnya kita memang x mahu beli. bukn murah la wei barang ni. dekat 3 ribu 1 set..  orang yang dah kerja pon belum tentu nk beli barang ni.. 

kebiasaannya, golongan pelajar sering menjadi sasaran penjual2 barang ni terutama pelajar semester 1 yang x berapa nak matang tentang benda2 macam ni. kalau aku pon kena pnggil, maybe aku salah sorang mangsa penipuan mereka sebab aku pon x matang masa mula2 masuk u..   selamat aku..  

setahu aku, penjual barang ni kalau kita x nak beli, ada yang marah2  sampai kita pon naik menyampah. siap nak paksa2 lagi suruh beli. aku lagi geram bila adik aku pon terkena. nak pulang balik, rasa dah x boleh sebab dah lama.. jadi, terpaksa la bayar n terus bayar walaupon barang tu dah rosak dan x digunakan sangat. 

google
 ni  student uum yang terkena.. x tgk lagi di u lain. klu dikumpul, mesti ramai

adik kawan aku pernah kena, kawan2 rapat aku pernah kena dan ramai lagi yang terkena.. sampai libatkan pihak universiti, pihak polis baru kes tu selesai. tapi duit xkan dapat sama seperti kita bayar diposit kan? 

klu ada lepas ni orang rapat  dengan aku yang nak beli benda ni, aku haramkan sama sekali.. ada banyak lagi cara nak menguasai BI dengan baik kan. dah la ada pembeli komen benda ni x berfungsi dan rosak..  benda mahal, rosal plak 2.. dah brapa juta ye company ni dpt untung hasil menipu orang ramai..

 aku dengr2 sekarang lingua phone dah nak dibatalkan kontrak? betul ke? aku pon x pasti. klu  betul, bgus la.. dan ade universiti yang dah x benarkan linguaphone dijual di u mereka...

pesanan kepada semua, berhati-hati la dengan linguaphone ni dan jangan sampai terpedaya.. kalau diaorang paksa jugak, terajang sampai masuk spital.. heheh

Tuesday, January 3, 2012

~~azam~~

 salam.

selamat tahun baru.. walaupun hari ni dah 3 januari, tapi rasanya belum terlambat. masih berada pada bulan januari kan. 

bila tahun baru, orang sibuk bercerita pasal azam baru. masing-masing sibuk menanam azam yang tinggi dan ada kalanya susah untuk digapai. aku? azam tahun lepas ada yang dah capai & ada yang tidak. tapi aku bersyukur sebab aku masih diberi kesempatan untuk bernafas. dan selagi  bernafas di muka bumi ini, aku akan terus berjuang untuk mencapai kejayaan.

antara azam kawan2 aku dan rakan2 di facebook..

  • nak beli boat & 4x4.
  • nak berjaya tamat pelajaran di peringkat sarjana
  • nak kahwin
  • nak pergi melancong ke luar negara
  • nak naik pangkat
  • nak jadi kaya
semua orang berazam yang tinggi2 dan kadang aku fikir susah untuk kita gapai. tapi x salah berazam dan mungkin itu menjadi pendorong kepada kita untuk terus berusaha dan berjaya kan. sama2 kita doakan semoga ianya tercapai.





dan macam2 lagi.. azam aku?

  • dapat kerja yang sesuai dengan kelayakan aku
  • menjadi penyumbang kewangan kepada kelaurga
  • kahwin??hummm perlu difikirkan lagi
  • beli kereta
  • master? (buat masa ni dah x rase nak sambung) huhuh
  • kalau dah kerja tetap, nk buat rumah dulu sebelum beli kereta (nak buat sewa rumah)
mampu ke?  yang paling penting, aku nak menjadi yang lebih baik dari sebelumnya dari semua aspek..  amin...


Monday, January 2, 2012

~~tanya pada hati~~


salam.

entry ini peringatan untuk aku juga..

 orang yang sibuk melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat kejahatan orang lain.

di mana kita?

  • adakah mata kita masih melihat kejahatan orang lain?
  • adakah telinga kita masih suka mendengar cerita-cerita buruk tentang orang lain?
  • dan mulut kita masih menuturkan kejahatan orang lain?
jiwa ini wujud dalam diri, usah anggap anda sudah cukup melakukan kebaikan

jika anda membuat kebaikan sekalipun, usah merasa kita hebat dan mendambakan sanjungan kerana ia akan mengundang riak.

dan jika ibadat kita melebihi orang lain, usah mnjadi seorang yang bangga diri kerana akan mengundang ujub, sukar dikesan dan juga dirawat.

bukan mudah untuk ikhlas, MAKIN DICARI MAKIN MISTERI. JADI, LAKUKAN DENGAN KEIKHLASAN..

 google

petikan daripada buku nur jan 2011..