CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 10, 2010

apa kena dengan aku

10.12.2010 result exam keluar.. ucapan TAHNIAH pada diri aku sendiri sebab berjaya dapat keputusan yang baik.. jauh dari apa yang aku sasarkan.. aku tau, kawan2 aku pun ramai dapat keputusan yang baik.. ini berkat kerajinan aku mungkin?? tapi ada  satu kertas yang langsung aku x percaya.. jawab cincai2 tapi boleh dapat keputusan yang baik.. mungkin jugak assigment group dan individu membantu aku.. syukur pada yang Maha Esa atas segalanya..

semalam menonton wayang "aku tak bodoh" di Mesra mall.. jalan cerita yang agak menarik dan dari mula2 tayangan, aku asyik gelak.. ok.. bukan aku sorang, tapi boleh dikatakan ramai yang gelak sakan... tak rugi laburkan duit untuk filem ini... hehehe.. kata anak sedare aku, kalau diberi peluang tengok cite ni lagi, dia nak tengok walaupun dah tengok...

hari ni start membaca novel lafazkan kalimah cintamu  yang ditulis oleh siti rosmizah.. setakat pembacaan aku, ceritanya menarik.. nak cerita pun, x baca habis lagi.. yang pasti, semakin teruja untuk membacanya... harap2 hari esok ada masa untuk meneruskan pembacaan walaupun tahu esok banyak program yang mesti dihadiri.. wah!!!! bunyi macam aku ni orang penting.. hehehe.. ye, akhir2 ni aku agak busy dengan menjadi driver mak ayah dan jugak adik aku... yup.. driver tanpa gaji tapi aku suke.. sebab boleh hilangkan kebosanan yang melanda diri...

*aku suka buat sesuatu yang aku suka.. aku seronok.. seronok dan seronok.... boleh ke aku nak keseronokan hidup sampai bile2?? selagi boleh, aku akan cuba untuk gembirakan hati aku nak orang lagi.. senyumlah selalu..

1 comment:

。syuhada。 said...

tahniah!!sem last wat yg terbek lg ;p