salam...
bagaimana dengan kehidupan hari ini? harap2 semuanya sempurna dengan baik seperti yang telah dirancangkan.
begitu cepat masa berlalu kan..dulu, masa mula2 masuk u, terasa macam lambat sangat dunia berputar.. pejam celik pejam celik, dah masuk tahun 3 aku kat UKM. ye, bermakna, tahun ni tahun last aku kat sini. hidup kat u, banyak benda sangat yang aku dah rasa & lalui kat sini...
dulu memang tak dinafikan yang aku ni memang seorang yang suka bergantung pada orang lain untuk hidup..betul.. sangat2 suka bergantung pada orang lain.. lebih2 lagi masa aku tinggal di asrama.. nak kemana-mana, mesti aku nakkan kawan bersama..bak kata, dalam semua perkara perlukan kawan.. kawan, kaulah segalanya.. hehehehe..
nak makan, ada kawan, nak pergi kedai, perlukan kawan, walhal ke tandas sebelum tido pun, mesti ada kawan. cuba bayangkan kalau aku takde kawan masa tu, mesti susah kan... sebagai contoh, malam2 sebelum tido, mesti perlukan kawan ke tandas, dan kalau xde sape nak temankan, jawapannya, aku sanggup menahan buang air sampai pagi.. teruk kan.. ish3x... tq untuk cenah yang asyik temankan aku ke tandas masa kita sama2 form 6 dulu.. hehe.. i tau u pun bukan berani sangat..
dulu, masa aku dapat masuk ukm, ade lah sorang kawan aku tanya kat aku "qema, boleh ke mg hidup tanpa kawan2 sek kita kat u".. noktah.. ayat yang pendek tapi sedikit pedas bagi aku... memang pedas...
mula2 masuk u dulu, memang perangai aku sebijik cam zaman2 persekolahan aku.. tapi, sekali aku fikir,,(opsss, bukan sekali tapi berkali-kali) sampai bila aku hidup nak bergantung pada orang lain.. padahal, itu berkaitan dengan diri aku sendiri..
so, aku tanamkan azam, kuatkan semangat melakukan, jangan terlalu mengharapkan orang lain sangat dalam hidup kita..orang kata, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan kan.. dalam situasi begini, aku berjaya.. mampu melakukan banyak perkara bersendirian. mula2, nak lakukan memang susah. ada dulu aku dengar orang kata, hidup di u, x perlu nak bergantung harap pada orang lain.. orang pun xde masa nak layan kita.
bila aku kata camtu, x bermakna aku tak memerlukan kawan semasa di u.. itu sungguh tidak betul. kawan juga perlu, tapi tidak dalam semua perkara kan.. kesian kawan. mereka juga memerlukan masa untuk diri mereka.. kalau orang lain boleh hidup dengan tidak meminta bantuan kita, tentu sekali kita pun boleh kan..
so, skang nak pergi cafe, xperlu berteman, nak ke kajang, xperlu berteman walaupun sorang, nak balik kmpung sorang2 pun, its ok.. tiada masalah punye... hehehe.. apa lagi yer.. tapi kalau nak buat assigment, memang perlukan teman.... hehehe...
tapi yang ini x best kalau xde teman... main bowling dan tengok wayang.. betul, ini seyes.. sungguh2 x best.. hehe... knape aku kate x best main bowling sorang2.. sebab lepas kita baling, kita lagi yang baling.. terasa cam orang x betul pun ada.. hehe.. itu pada aku, x tau apa yang orang lain rasa,..
tengok wayang pula, contohnya, bila cerita tu kelakar, xde teman yang nak gelak sama2 dengan kita.. contoh lagi, bila tengok wayang dan tiba2 tertido, pastu tido plak berdengkur dan biasanya kawan yang kejutkan.. cuba bayangkan lau yang duduk sebelah kita tu bukan kawan kita, xde masa lah dia nak kejutkan kita.. betul kan... pastu, mesti orang tu siap maki lagi .. dah lah pompuan, tido plak berdengkur, memang x senonoh.. hehehe.. (ini pengalaman ok)..sebab tu berani kata kat sini.
*masa mematangkan kita kan.. (matangke aku)
*x meriah hidup tanpa kawan kan..
*teringat pasal ceramah ibu tunggal hari 2.. walaupun dalam BI, aku juga dapat memahaminya.. heeheh.. wapaupun seperti duduk di dunia asing..
No comments:
Post a Comment