CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 1, 2010

~`~~~saya suka..~~~~

salam... 

harap-harap hari ini membawa keceriaan kepada semua.. 

apa yang best pada hari ini?? ntahlah. rasanya tidak kemana-mana hari ini dan hanya mampu memandang dinding di bilik aku sahaja.. malas untuk keluar kerana semalam, aku sudah melalui perjalanan yang cukup meletihkan tapi menyeronokkan.  letih aku katakan kerana hanya aku seorang sahaja yang memandu dari ukm  ke uitm puncak alam, puncak alam terus ke uitm shah alam, terus ke batu tiga dan destinasi last ke i-city.. selepas itu, terus balik ke ukm.. mana x letih kan... xpe.. ianya berbaloi kan kerana dapat keluar bersama-sama juniorku... 

pemandangan dari atas uitm puncak alam.



cantik kan.. uitm ni baru dibuka 1 tahun yang lepas...


agak menyerabutkan kepada bila tersesat jalan ke batu 3 sehingga melalui kawasan yang penuh dengan kilang.  nasib baik ada 3 orang lagi yang mampu menunjukkan arah dengan betul bila aku  semakin serabut.. heheh..takpe.. hasilnya juga berbaloi.... menikmati pizza sebanyak 3 biji yang dimakan oleh 4 orang gadis... hehehe


tutorial memasak pizza.


                                                                          hasilnya......

kol 10 malam, bergerak semula ke uitm shah alam menghantar adik aku ke bilik kawannya.. masa yang suntuk yang tidak membolehkan aku menghantarnya ke puncak alam... selepas itu, lebih kurang 2 jam berada di i-city, mencari kedai makan kerana masing2 dah lapar nasi.. hehehe.. perut orang malaysia memang camni kan.. walaupun melantak pizza, nasi memang tidak pernah dilupakan...hehehe..



bila perut kenyang, masing2 dah mengantuk tapi aku, tetap menjadi driver yang setia dan mampu lagi memandu sehingga tiba di UKM... nasib baik dah pekena air kopi.. biarlah orang kata  itu selera orang tua pun,  yang penting aku perlukan itu untuk menghilangkan mengantuk... best kan air kopi... sama macam  ......... kulitku.. hehehe..

ok.. akhir sekali, memang badan penat tapi berbaloi dengan perjalanan yang menyeronokkan.... 

kami yang mengikuti destinasi ini.. hehe.. ye.hanya berempat..







 *kuat berjalan tapi kerja yang diberi oleh penyelia tesis belum dapat disiapkan sepenuhnya..    huhuhu.. takpe.. kuatkan semangat untuk lebih rajin..




No comments: