Jika anak itu...
Jika anak itu hidup dalam kritikan, dia belajar menyalahkan orang lain.
Jika anak itu hidup dalam kekasaran, dia akan belajar melawan.
Jika anak itu hidup dalam ketakutan, dia belajar menjadi pengecut.
Jika anak itu hidup dalam iri hati, dia belajar berasa bersalah.
Jika anak itu hidup dalam kesabaran, dia belajar menjadi penyabar.
Jika anak itu hidup dalam galakan, dia belajar menjadi yakin.
Jika anak itu hidup dalam pujian, dia belajar menghargai.
Jika anak itu hidup dalam penerimaan, dia belajar menyayangi.
Jika anak itu hidup dalam persetujuan, dia belajar menyayangi dirinya.
Jika anak itu hidup dalam pengiktirafan,
dia belajar ada baiknya mempunyai matlamat.
Jika anak itu hidup dalam kejujuran, dia belajar erti kebenaran.
Jika anak itu hidup dalam keadilan, dia belajar berlaku adil.
Jika anak itu hidup dalam keselamatan,
dia belajar untuk yakin pada dirinya dan pada orang lain.
Jika anak itu hidup dalam kemesraan,
dia belajar bahawa dunia ini adalah tempat yang paling sesuai untuk hidup.
Dalam suasana apakah anda dan anak anda hidup? renungkanlah
sumber: http://hasan98.tripod.com
Thursday, May 6, 2010
Wednesday, May 5, 2010
jom gelak~~part 3~~~
mi bandung~~~~~~~
selepas beberapa bulan, syaari mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya, Meena didapati hamil.. syaari tidak mahu rumahtangganya hancur dan mengambil keputusan untuk menghantar Meena balik ke bandung melahirkan anak mereka di sana.
syaari berjanji segala kos untuk anak tersebut sehinggalah berusia 18 tahun. supaya rahsia mereka tidak terbongkar, syaari menyuruh meena menghantat sekeping poskad menulis perkataan "mee bandung" selepas bayi mereka lahir nanti. poskad itu bagi memaklumkan syaari menghantar segala urusan perbelanjaan untuk anaknya..
suati hari, setelah sembilan bulan berlalu, semasa syaari pulang dari kerja, isterinya salina menegur dengan muka mencuka. "bang, .... abang dapat poskad peliklah hari ini," kata salina berkerut-kerut.
"takpe, bagi poskad 2 pada abang. 6t abang chek dulu, apa kebenda yang pelik 2!!" kata syaari.
salina pun memberi poskad itu kepada suaminya. syaari terus membaca poskad tersebut. serta merta mukanya bertukat menjadi biru, ungu dan terus pengsan...
poskad itu berbunyi:
"mi bandung, mi bandung, mi bandung, mi bandung.!!! 2 ada telur, 2 xde telur.. tolong hantar kuah lebih ye!!!!!!!!!!!!!!!!!!
hehehehehe
Tuesday, May 4, 2010
selamat hari ibu~~~
- KETIKA BERUSIA SETAHUN, IBU SUAPKAN MAKANAN DAN MANDIKAN KITA. CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.
- APABILA BERUSIA 2 TAHUN, IBU MENGAJAR KITA BERMAIN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGIL.
- MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN, IBU MENYEDIAKAN MAKANAN DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI.
- KETIKA BERUSIA 4 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEKOTAK PENSEL WARNA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENCONTENG DINDING.
- BERUSIA 5 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN BARU, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK DALAM LOPAK KOTOR.
- SETELAH BERUSIA 6 TAHUN, IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT : “TAK NAK! TAK NAK!”
- APABILA BERUSIA 7 TAHUN, IBU BELIKAN SEBIJI BOLA. CARA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH IALAH KITA PECAHKAN CERMIN TINGKAP JIRAN.
- MENJELANG USIA 8 TAHUN, IBU BELIKAN AISKRIM, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.
- KETIKA BERUSIA 9 TAHUN, IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG KELAS.
- BERUSIA 10 TAHUN IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA.
- APABILA BERUSIA 12 TAHUN, IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON TELEVISYEN.
- MENJELANG USIA 13 TAHUN, IBU SURUH PAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK SESUAI ZAMAN SEKARANG.
- KETIKA BERUSIA 14 TAHUN, IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULIS SEPUCUK SURAT PUN.
- BERUSIA 15 TAHUN, IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN RINDUKAN PELUKAN DAN CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.
- MENJELANG USIA 18 TAHUN, IBU MENANGIS GEMBIRA APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPTA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA BERSAMA KAWAN-KAWAN.
- KETIKA BERUSIA 19 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN, MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET BEG BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALAN PADA IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN KAWAN-KAWAN.
- BERUSIA 20 TAHUN, IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA TEMAN ISTEMEWA, KITA KATA, “…ITU BUKAN URUSAN IBU.”
- SETELAH BERUSIA 21 TAHUN, IBU CUBA MEMBERIKAN PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, KITA KATA, “SAYA TAK MAHU JADI SEPERTI IBU.”
- APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN, IBU MEMBELIKAN PERABOT UNTUK RUMAH BUJANG KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN PADA KAWAN-KAWAN….”PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK CANTIK, TAK BERKENAN AKUUU!”
- MENJELANG USIA 24 TAHUN, IBU BERTEMU DENGAN BAKAL MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI RANCANGAN MASA DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT, “IBUUU, TOOOOOLONGLAHHH….”
- KETIKA BERUSIA 25 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERPINDAH JAUH.
- PADA USIA 30 TAHUN, IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT DAN PETUA MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH BERKATA, “…ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN.”
- KETIKA BERUSIA 40 TAHUN, IBU MENELEFON MENGINGATKAN MENGENAI KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA, “KAMI SIBUK, TAK ADA MASA NAK DATANG.”
- APABILA BERUSIA 50 TAHUN, IBU JATUH SAKIT DAN MEMINTA KITA MENJAGANYA, KITA BERCERITA MENGENAI KESIBUKAN DAN KISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI BEBAN KEPADA ANAK-ANAK. DAN KEMUDIAN SUATU HARI, KITA MENDAPAT BERITA IBU MENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM LELEHAN AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU MENERPA SATU PERSATU.
JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL,INGATLAH KASIH DAN SAYANGNYA. SAYANGILAH IBU KERANA KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU KANDUNG.
SELAMAT HARI IBU......wan halimah wan ngah..dipetik dari:/www.kedaionlineku.com
dah lame menyepi~~
best kan bila dapat keluar dengan kawan2 kita yang dah lama x jumpa.. lebih2 lagi dapat makan sama2 dengan mereka, sembang2, gosip2..... hehhehe
hari tu, dari pagi sampai petang malyanis lepak kat rumah aku. agak lama lah jugak.. maklumlah.. dah lama x jumpa aku ni.. hikhik.. tengah2 best lepak, dari jauh aku dah nampak kereta kawan aku efa.. myvi putih TAV 9451.. ingat lagi aku plat engkau efa.. sambung lagi, pelik gak aku sebab selama ni memang x pernah datang sejak habis stpm.. masing2 mencari haluan sendiri, aku ke UKM manakala dia plak pilih untuk kerja.. gaji mahal katakan.. sape tak nak kan.. betul x..
bila dah sembang2, si efa ni ajak g pantai kemasek.. best2.. aku stuju sbb aku pun dah lama sangat x pergi sana.. lebih2 lagi efa kata dia nak belanja aku n manih minum ABC.. hihik.. lagi lah syok kan.. lagipun, nak rase jugak orang kerja belanja aku.. bukan sllu pun.. hikhik.. sebenarnya, bukan 2 yang best sebenarnya tapi nak tahu perkembangan kawan aku yang dah lama aku x jumpa.. hehehe.. miss my fren, efa..~~~~
efa...
sampai je kt pantai, kami pun orderlah ABC 3 & yang syoknya, efa belanja lagi chiken cop.. kenyang aku petang 2... hikhik.. kenyang2 pun, malam tetap makan kan qema.. (of cos lah) tengok badan pun dah tau.... n harga untuk makan petang RM27.. mahal x???? xpe2.. kawan belanja.. hahahaha.. setakat 27 apelah sangat kan??? (jahatnya aku).. len kali kau plak yang blanje ye qema.... (bley je kalu aku dah keje best n dah jadi pegawai n ada pangkat) hkhik
lama kami sembang2 sampai kol 7 lebih jugak lah aku rase n banyak benda yang disembangkan... banyak jugak lah yang aku x tau pasal si efa ni.. maklumlah.. x contact terus minah ni.. hehe.. lepas sembang, sempat lagi kami berposing kat pantai 2.. bukan apa, memang susah dah rasanya nak datang pantai ni lagi walaupun rumah dekat sangat dengan pantai... kenapa erk?? ntah lah.. jawapannya MALAS..... hikhikhik..
jom tengok2 gambar kami bertiga...~~~~~~~~~~~~~
bestnya bila teringat zaman budak2.. sllu mndi pntai..~~
~~~manih~~
Sunday, May 2, 2010
jom gelak~~part 2~~
NYANYUK
suatu hari, 3 orang nenek berkumpul masing2 seronok bercerita perihal diri yang sudah nyanyuk.....
nenek A : umur aku dah 60 tahun, sekarang ni aku dah mula nyanyuk... aku kadang2 terlupa kat mana kita bersembang ni... kat tangga aku ke, beranda ke??
nenek B : aku lagilah.. kalau aku dah naik tangga, selepas tu aku jumpa tangga tu balik. aku kena fikir lama... aku tengah nak naik tangga ke nak turun...
nenek C : apalah.... kamu ni muda2 lagi dah nyanyuk!!tengok macam aku ni, umur dah 90 lebih, masih steady, otak fresh lagi.. boleh baca majalah.. x nyanyuk pun!!!
semasa berbual-bual, nenek C ketawa mengekek-ngekek sambil mengetuk meja kerana terlalu geli hati. x lama kemudian nenek C terdiam melihat keadaan sekeliling sambil berkata " Eh, siapa pulak yang ketuk pintu rumah tadi?????
Subscribe to:
Posts (Atom)
