CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, June 6, 2010

hari alam sekitar sedunia....~~~

salam semua... ada sapa2 ingat  tak bila "hari alam sekitar sedunia"??????  aku pun sebenarnya memang x pernah tahu pun tapi semalam aku belek2 surat khabar n terbaca tentang hari alam sekitar sedunia...

jom aku terangkan serba skit mengenai hari tersebut..

  • pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB) telah mengisytiharkan 5 jun sebagai "hari alam sekitar sedunia".
  • temanya ialah "pelbagai spesis-satu planet-satu masa depan"
  • menggesa kita supaya memulihara kepelbagaian kehidupan di planet ini yang terdiri daripada berjuta-juta spesis yang telah membekalkan kita makanan,pakaian, bahan api, perubatan dan macam2 lagi...
  •  
"dunia akan tandus tanpa biodiversiti. malaysia telah dianugerahkan dengan sumber2 semulajdi yang kaya serta kepelbagaian flora & fauna termasuk hutan hujan yang tertua di dunia. penting aset negara ini diurus, dipelihara & digunakan sebaiknya..."



ini kata-kata yang diucapkan oleh  MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR...

katanya lagi,

kerajaan sentiasa komited untuk memelihara dan melindungi alam sekitar. namun tugas dan tanggungjawab besar ini tidak seharusnya dipikul oleh kerajaan semata-mata dan melibatkan semua pihak...




dengar 2... pihak kerjaan dah memainkan peranan yang penting, so, kita sebagai rakyat malaysia, kena sama-sama memainkan peranan kita..... 
 kalau kita tengok sekarang, rakyat malaysia dah pun makin bertambah, so, banyak le petempatan2 yang dibuat, sumber alam terpaksa dieksploitasi dengan banyak untuk memenuhi semua itu...... sampai 1 masa, mesti sumber2 alam kita akan habis kan..

sebenarnya, x salah kalau pembangunan dilakukan tapi biarlah berpada-pada... @ kita boleh kata pembangunan mapan.... pembangunan yang dilakukan sekarang dengan memikirkan generasi akan datang... 

cuba bayangkan kalau sumber dieksploitasi secara berlebihan, generasi akan datang xkan dapat merasa apa yang kita rasa sekarang.... kesian kan.... huhuhuh.. kita kan di bawah 1 planet yang sama, so biarlah apa yang kita rasa sekarang, dapat dinikmati bersama oleh orang lain.. betul x...



macam menteri lah plak.. ehhe.. aku bukan apa, sebagai orang yang cintakan alam sekitar, mesti sedih jika semua sumber alam kita dah makin pupus kan..... so, sedarlah wahai semua manusia, hargailah alam sekitar kita...




"pemuliharaan alam sekitar, tanggungjawab bersama"


bestnya.. nyaman...
sumber:berita harian 4 jun

DATO' SRI DOUGLAS UNGGAH EMBAS
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

p/s: sokong sangat2 hari sabtu sebagai hari tanpa plastik...... ada lagi ke sekarang ni?????

No comments: