CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, May 15, 2010

feeling..~~~~~~~~~~~~~~

sedih bila tengok perlawanan piala thomas semalam antara pasukan kita MAS lwn CHINA. MAS kalah srtaight 3-0.. tapi takpelah sebab pasukan MAS telah lawan dengan semangat yang kental menentang pihak lawan.  dan sememangnya pasukan lawan merupakan pasukan yang hebat.. tergelak bila melihat aksi LIN DAN menunjukkan aksi  bila mengalahkan CHONG WEI.... x dapat nak sangkal yang kedua2 memang pemain yang hebat.. rank 1 & 2 dunia..fuh.....  

n tq jugak untuk pemain MAS yang lain yang dah bertarung habis2an sehingga sampai ke peringkat separuh akhir....  agak sedih sebab x dapat tengok pemain yang agak cute dari china iaitu BOO CHUN LAI  x sempat nak lawan... huhuh.. chun lai memang cute.... ahaks....   (qema, kau ni sokong sape... ala, setakat minat je... hehehee)

 lepas habis layan PIALA THOMAS yang agak menyedihkan , aku pun tengok cita adamaya yang aku dah download petang tadi.. heehhe.. belum berkesempatan untuk lihat episod last sebab seharian aku keluar rumah pergi dungun & lepas balik,  tiba2 rasa gian menguasai diri untuk main bowling dengan ayu & biey... sangat2 best lebih2 lagi dapat jumpa ramai cikgu2 SMBAS yang nak lawan bowling sempena hari guru  nanti...   oppsss... tersasar dari haluan da..... bukan ni yang aku nak cite... k. sambung lagi....................

cita adamaya yang sangat best bagi aku.. aku bagi 4 bintang dari 5.. hikhik.. agak banyak lah 2.. cita melayu memang banyak cita cintan2.. apapun, cita ni memang best &sama seperti cita NUR KASIH... mampu membuatkan aku menangis... huhuhuh..

ADAMAYA, kesudahan yang best tapi kita dapat lihat 2 orang yang kecewa iaitu DANI & LISA... mungkin ada cinta lain yang lebih baik untuk kedua2 insan ini.. kat sini, aku mengibaratkan DANI ni seperti "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"...... apa pendapat korang????? kesian2..  


2 hari lepas, aku dah dapat menghabiskan sebijik novel yang memang best yang berjudul "sepupuku suamiku".. perlu ke aku cita kat sini.. xperlu kot... hehe.. rumusannnya, aku boleh kata orang sanggup buat apa saje demi CINTA kan.. seperti watak hani dalam cerita ni yang sanggup runtuhkan rumahtangga orang demi merebut kembali cinta hisyam padahal dia sendiri yang telah meninggalkan hisyam 2 minggu sebelum mereka diijabkabulkan.. macam2 perkara yang hani buat contohnya, membuat plan supaya dia & hisyam ditangkap khalwat supaya mereka dapat berkahwin...  tapi endingnya yang best dan hisyan & nana disatukan kembali & hani ditangkap kerana telah melakukan pecah amanah & cubaan membunuh nana.. 




heheh... jangan lupa dapatkan dipasaran.. novel ni sebenarnya dah lama tapi aku baru baca sebab masa kt u, xboleh baca novel cz xde masa nak g cari novel & xde masa jugak nak baca.. sekarang kat rumah, boleh buat semua 2.. hehehhehe... korang yang belum baca, cepat dapatkan di pasaran..... sekarang ni, keluaran yang ke 3 dah...

PENULIS: LYNN ALLYNA


No comments: